Wednesday, December 23, 2009

Sunday, December 20, 2009

Apa Benda Diaorang buat nih?/


Hari nie ramai betul orang...budak2 pun ramai sampai tak terkira...apa agaknya depa buat nie?? (mayb itu yang Adam fikir kot)

Adam and Umie


Pose Adam ngan Umie....

Pose Adam dengan Ayah


Kat sana dah banyak perubahan dah...so kat sini org tak ramai sgt..sempat la pose satu dua gambar

Cighenit


Adam (Chigenit) nie nampak macam tak suka pantai ajer...semua posing dia tak ceria pun..mayb first time tengok pantai kot...lagi pun ramai budak-budak tu yg buat dia confius apa depa tgh buat nie..

Teluk Batik


Hari Sabtu kami pi Teluk Batik..tapi tak mandi apa pun sebab bila sampai,pantai punya la ramai org sampai tak tau ceruk mana nak terjun..so tgk ombak laut jela...dah agak lama tak ke Teluk Batik...nampak macam pantai dah sempit ajer...

Monday, November 2, 2009

Tuesday, October 27, 2009

Abah Jamil Dengan Adam


Nie krew abah Jamil dengan Adam...dua lagi tu penyokong kuat la

Adam dengan Umie Nor


Tengok la Adam..bukan main manja lagi dia

Kunjungan Umie Nor melawat Adam


Umie Nor dengan Abg Jamil datang melawat Adam..Bergambar dengan anak-anak abg Jamil.

Thursday, October 8, 2009

Adam Nak Pi Depan...


Bila dah boring....dia nak dok depan plak...bila boring ke depan...dia nak dok belakang pulak...

Ikat Seat Belt


Ikat kuat-kuat seat belt tu...and dok elok-elok...nak susu mintak umie..

Balik Ke Terengganu


Balik raya ke Trengganu hari terpaksa bertolak hari ke-empat raya...Ini kerana ada perkara-perkara yang tak dapat dielakkan...Adam pun ikut jgk tapi kejap ke depan kejap kebelakang....

Monday, September 7, 2009

Adam dengan Tokwan


Hari cuti 3 hari tu Tokwan datang jenguk Adam...dia dah tak nangis dah...dah biasa

Monday, August 31, 2009

Rendang Minang


Lepas cuba ayam kicap JJ...try yang nie pulak...tukar style raye tahun nie masak rendang cam nie pulak...

Rendang ini berasal dari kaum Minang yang berasal dari Kepulauan Sumatera. Sekarang ia telah menjadi sebahgian dari hidangan yang disukai oleh rakyat Malaysia. Sedap dimakan dengan lemang dan ketupat.


Bahan-bahan

600g daging batang pinang
40g kerisik
10g serbuk kunyit
4 helai daun limau purut
4 helai daun limau kunyit
1/2 L santan pekat
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak

Bahan kisar;
150g bawang merah
100g bawang putih
50g halia
50g serai
50g lengkuas
50g cili padi




Cara Membuat

Masak bahan kisar bersama santan, kacau rata.
Masukkan daun limau purut dan daun kunyit.
Setelah naik bau, masukkan daging dan biar mendidih.
Kacau sekali sekala hingga empuk dan masukkan kerisik.
Rasa garam dan gulanya.
Perlahankan api dan masak hingga agak kering.
Hidangkan bersama nasi, lemang dan ketupat.



Ukuran
Serving : 6
Custom yield : - -
Masa penyediaan : 20 M
Masa memasak : 40 M

Ayam Kicap J-J


Lepas nie boleh la try pulak ayam kicap j-j..Ayam kicap JJ tu maknanya ayam kicap Jilat-Jari....bolehlah try masa raya..sape buat panggil jer mesti datang balun...balun jgn tak balun..
Bahan-bahan

1/2 ekor ayam, potong kecil
1 labu bawang besar, dicincang
10 ulas bawang merah, dihiris
3 sudu besar cili kisar
kicap masin dan kicap manis



Cara Membuat

1) Ayam dilumur kunyit dan garam dan digoreng sehingga masak.

2) Goreng bawang sehingga kekuningan dan kemudian dikisar dengan sedikit air.

3) Panaskan 2 sudu besar minyak dan tumis cili kisar sehingga wangi. Masukkan bawang yang dikisar tadi dan sedikit air dan masak sebentar atas api sederhana.

4) Masukkan ayam tadi dan juga kicap (banyak) sehingga kuah bertukar kepada warna hitam.

5) Goreng sebentar (5 minit), angkat dan terus dihidang.

Walker 9649


Hmmm...dah pandai naik walker dah...tangan sibok memunggah...

Wednesday, August 26, 2009

Resepi Ramadhan: Rendang Ayam Kampung


Bahan-bahan

1 ekor ayam kampung
250ml santan pekat
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3cm halia
3cm lengkuas
20 biji cili kering
3 sudu besar kerisik
2 helai daun kunyit, hiris halus
1 keping asam gelugor
garam dan gula secukup rasa



Cara Membuat

1) Ayam dipotong kecil dan dibersihkan. Kisar halus cili kering, bawang, halia, lenkuas.

2) Panaskan sedikit minyak dan masak bahan-bahan kisar sebentar. Masukkan ayam dan masak sehingga ayam empuk.

3) Masukkan santan, asam, kerisik dan masak sehingga kuah pekat. Masukkan daun kunyit dan rasa garam dan gulanya.





Ukuran
Serving : 6
Custom yield : - -
Masa penyediaan : 15 M
Masa memasak : 40 M

Wednesday, August 19, 2009

Alat Ganti HB King2


Alat ganti HB King 2 boleh dicari sekitar bandar Ipoh je...tapi kalau dapat kedai yang murah murah..lagi baik

Honey Bee King 2


Dah lama tak main heli aku dah...beli je tapi tak main...kat Meru Raya ada jugak nampak geng-geng main benda-benda terbang nie..tapi smue plane...heli tak nampak lagi...lagi pun depa dah terror dah fly benda nie...nie model HB King 2 yang aku ada...

Tuesday, August 18, 2009

Menjelang Ramadhan


Menjelang puasa ramadhan yang bakal tiba, saya mengucapkan Selamat Berpuasa dan Sabar-sabarlah melihat air ini ok

Pose Bergaya Adam Irfan


tengoklah pose bergaya Adam Irfan di pagi hari...busyukk lagi nie

Tuesday, August 4, 2009

Adam dah pandai tgk TV


Adam dah pandai nak tgk tv, celik je mata kul 6 pagi dah ajak tgk tv..bila dah bersiap-siap nak p jalan pun dah pandai nak ajak naik keta dah

Monday, August 3, 2009

Master Mind Projek Tambah belakang


Projek tambah belakang dah siap 90 peratus...semuanya hasil idea ayah aku yang banyak membantu menyiapkan dari mula hinggga dah nampak rupa...

Sunday, July 26, 2009

Dari dalam hall


Dari dalam hall,nampak macam gelap tapi sebenarnya terang..cuaca lagi pun mendung sebab tu agak gelap sikit...

D-Lite


Lampu dah siap dipasang dengan kipas..so sekarang tunggu bab cerita tambah belakang je selesai boleh la masuk rumah...

Kipas


Kipas kena pasang bilah and buat sikit balancing supaya bila berputar tak bergoyang...tapi goyang mesti punya sikit...kipas guna remote kena tanggung la risiko nya...

Pemasangan Lampu dan Kipas


Lampu-lampu dan kipas semua telah sampai dan menunggu untuk dipasang...Lampu dibeli dari Impiana Lighting dekat Jalan Ghazali Jawi jalan ke stadium perak..Harganya pun berpatutan dan boss nya 'customer friendly'...sapa2 nak masuk rumah bolehla ke sana dan buat tinjauan sendiri..bukan nak promote tapi sokonglah usahawan bumiputera kita...mereka ada bukannya tak ada....

Pasang Konkrit


Kotak konkrit dah siap and tuang simen konkrit campur batu...kasi ikat sikit dengan dengan papan tepi acuan konkrit..papan nie kena ukur sama saiz dengan lebar dinding...

Pasang Konkrit


Bata dah naik sampai atas jenang pintu,boleh la pasang atau buat konkrit atas sekali...kena ukur betul2 and letak dawai Y10 bagi ikat sikit konkrit dengan tepi dinding...ini semua mesti pakar yang kena buat....

Sunday, July 19, 2009

Makan kat Bt Gajah.


Makan pagi kat Batu Gajah dengan ayah..pekena teh tarik and cucur udang...Nayan pun ikut sama nak pi tengaok V6 dia...lawa jugak itam berkilau...

Adam Dah Terlentang semula


Setelah sekian lama belajar meniarap..Adam dah berjaya terlentang semula...Adam tengah tunggu Pakcik KAA nak belanja Char Ketiow kat Tanjung...bukan Tanjung sini haa...Kat Tanjung sana nun....

Stage terkini...


Sekarang jenang dah letak....bata dah naik nak letak roof beam aje...

Pandangan Dari dining room


Bila dah siap....kena la cuci sampai bersih...ayah banyak bantu bersih rumah...

Tambah Belakang Operasi Letak Jenang


Bab tambah belakang muncul lagi...kali ni dengan operasi letak jenang yang dikemudikan oleh ayah....dia memang tau bab-bab macam nie...tapi kena bancuh simen jgk...pandangan dari dalam rumah

Pandangan bila dah siap


Emmm dah siap cat bilik Adam baru nampak membiru semua

Cat Bilik Adam


Bilik Adam akan dicat dengan warna biru laut...cat pilihan umie...lawa jgk tengok sejuk je mata memandang...aktiviti mula cat memang penat...tapi bila dah syok...rasa nak cat semua sekali...

Wednesday, July 1, 2009

Makan jangan tak makan


Sila...sila makan semua...tak cukup order lagi...

Sekitar Hari Makan Di Changkat


Nie saja nak review makan-makan kat changkat...macam pi pekena satay kat sana and laksa...mee rebus dia pun sedap jugak...nie gambar lama masa nie Adam belum lahir lagi...so ada la muka budak-budak yang balun ais je kerja dia...lagi pun bulan posa pun tak lama lagi dah...

Monday, June 29, 2009

Tambah belakang bhgn 2


Bial semua kerja-kerja mengangkut dan menyusun bata selesai,baru la boleh rasa lega sikit...bata susun kat luar rumah alamatnya tinggal habuk bata jela...tapi penat jgk nak menyusun nie,belum lagi orang yang membuat...kiranya ayah dulu cukup tenaga la boleh buat and tambah sendiri je umah tapi kederat dia kuat...

Tambah belakang...


Rumah Meru dah siap..so sekrang proses nak tambah belakang...emmm penat jgk mengangkat bata nak pindah kedalam rumah..so ujung-ujung minggu datang le bersihkan apa yang patut..sekarang nie tunggu proses nie siap and pasang grill pintu tingkap...pastu baru on kerja pasang lampu....

Adam dah bleh meniarap


Semalam tanggal 29 Jun 2009 Adam dah bleh meniarap dah setelah berusaha keras sepanjang masa...Akhirnya dah berjaya jgk...so sekarang nie pantang letak ajer terus dia nak meniarap...ada yang berkali-kali cuba tak dapat dan ada yang sekali zuppps aje terus terbalik...wahhh dah pandai dah anak ayah nie...

Thursday, June 25, 2009

Anak ayah pun seronok pergi sekali


Adam Irfan pun seronok pergi sama..tapi malam kesian la sikit budak kecik nie...meragam nak tido....walau apapun tak perlu risau umie dia ada...

Nie la muka budak yang ikut


Kalau nak tau nie la muka-muka budak yang nak ikut jer tapi tak makan apa pun..tibai ais jer

Minum jus buahan lagi sedap


Mak pun ikut sama...semua minum jus tembikai...tapi itu la yang ble masuk pun

Makan Malam Di Maxwell


Suatu malam kami pergi makan malam di sebuah restoran dekat maxwell...rasanya boleh la nak makan tapi tak la kategori sedap sgt...kalau lapar tu ble la sebat semua...ayam tomyam,daging kicap,siakap masam manis,telor dadar,sayur kailan dan minuman jus buahan..budak-budak nie bukan main suka lepak kat kedai tapi bukannya nak makan sgt...ada yang datang hanya nak minum aje pun ada

Rumah Meru Raya Dah Siap



Rumah yang dinanti-natikan dah siap dah...hari nie pergi tgk umah je dulu...plan-plan nak pasang lampu apa, nak hiasan dalaman...Tapi kena tambah belakang sikit dan ambil masa jgk..harap-harap dapat pindah sebelum menjelang bulan Ramadhan Al-Mubarak nie..seronoknya Adam dapat pindah sekeluarga...

Tuesday, June 9, 2009