huhhh...bestnya dapat duduk kat depan balcony...nampak semuanya...rumah depan dan pandangan menghijau bukit bukau pun nampak...bila pagi mesti sejuk punya...rumah depan tu tak siap lagi agaknya...tapi mesti dpt Cf sekali la...
Emmm..kalau tengok dari bilik belakang tingkat dua...nampaklah deretan umah2 jiran yang dah siap...tapi side yang ni kena matahari tepat atas kepala...siang panas,petang pun panas...ni gambar dari bilik belakang nombor 2...bahagian belakang ada 2 buah bilik...berkongsi bilik mandi...tanah belakang keras plak...alamak camne nak buat kebun...kerassss
Wahhh....sejuknya mata memandang...redupnya nampak kat luar...emmm redup jugak bila tengahari...selamat la kereta n lain2...tapi nak jemur kain plak payah...ala tak per...kain dan kena spin cepat kering kan...tapi sejukla jugak tak kena direct matahari...
Fasa Ketiga dah siap macam fasa dua jugak,cuma bahagian depan telah disiapkan dulu dan nampak lebih kemas...semua bahagian tepi dinding luar siap diplaster dah...kat depan tu atap untuk umah orang lain...umah ni jadi port pulak simpan barang2 utk umah lain...tapi dah bagitau pekerja kat sana...jaga elok2 jgn sampai rosak umah aku...
Fasa kedua ni dari pandangan belakang...nampak dah bumbung siap dipasang...gambar diambil dari lot depan yang telah siap tapi tak dapat 'CF' lagi...so senang sikit nak ambik side gambar...semak kat belakang tu jugak nanti ada projek yang akan dijalankan...kalau lambat buat,,kita buat kebun dulu la...
Fasa kedua dah siap dipasang bumbung,tetiang dan telah di'plaster'bahagian depan dan belakang..atap pun dah ada tapi masih banyak yang bocor dan retak...pekerja disitu kata akan diganti nanti sewaktu nak pasang plaster siling...takpe..kita tengok je dulu ....bahangian depan redup sikit dan sejuk
Bermula dengan tapak dahulu. Kemudian apabila kukuh,kerja2 pembinaan mula dijalankan. Gambar diambil semasa kerja-kerja asas telah pun dijalankan. Arah matahari terbit cuma belakang rumah aje...jadi tak la panas sangat...depan redup waktu pagi dan petang...ruang belakang saujana mata memandang...kan best....
ini pandangan depan...keja2 pembinaan sedang giat dijalankan. Kos pembelian agak ekonomi jugaklah..
Find Innovative Home Decoration Online
-
If in any way you are looking for home decorating ideas that too with less
investment or if you are really looking for innovative ways to decorate the
hous...
RSS Solutions for Restaurants
-
*FeedForAll *helps Restaurant's communicate with customers. Let your
customers know the latest specials or events.
RSS feed uses include:
*Daily Specials...